info@yamal.com.my 03 5523 0746

Profil Pengerusi

En Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd Isa merupakan Pengasas dan Pengerusi Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia.

Dilahirkan di Singapura pada tahun 1963, En Ahmad Ruzizan Maphilindo kini menetap di Selangor.

Beliau telah meletakkan aspirasi negara Malaysia sebagai asas dan halatuju aktiviti Yayasan dan memimpin Yayasan sebagai wadah untuk menjayakan pendidikan dan pengukuhan keupayaan masyarakat demi mencapai aspirasi Negara tersebut.

Beliau sentiasa menekankan kepentingan membina hubungan dan beraktiviti secara bersama  dengan berbagai pihak. Melalui pelbagai ikatan kerjasama Yayasan telah berjaya membangun pelbagai program yang berorientasikan kepentingan masyarakat di mana tumpuan untuk mencapai aspirasi negara telah mendapat sokongan dari pelbagai sektor masyarakat dan juga agensi-agensi kerajaan.

Beliau turut bertindak sebagai ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat yang terlibat dalam Latihan, Makanan dan Minuman, Pembaikan dan Penyelenggaraan Kenderaan, Perdagangan Produk Asas Tani dan Barangan runcit dan Pertanian.

Di samping itu, En Ahmad Ruzizan Maphilindo juga telah mengasaskan Associated Cyclosportif Trekkers (ACT), sebuah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti kayuhan di serata Negara dengan membawa tema Cinta Negara dan Perpaduan.

Kegiatan ACT merangkumi usaha pembangunan masyarakat luar bandar dalam hal perpaduan dan dalam tahun 2014 ACT Pahang telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integriti Nasional (JPNIN) dalam rangka kerjasama bagi tujuan tersebut.

Pada tahun 2013 En Ahmad Ruzizan Maphilindo turut menjadi pengasas bersama dua badan berikut:

i)      Koperasi Jaringan Muamalat Integriti Selangor Berhad (KOJAMIN)

Koperasi ini ditubuhkan sebagai suatu wadah untuk membantu menguatkan kebolehpasaran hasil dan produk tempatan, terutamanya dalam sektor makanan, sebagai sebahagian daripada agenda Keselamatan Makanan Negara.

logo_kojamin

KOJAMIN berperanan membangun tiga bidang dalam rantaian nilai sesebuah perniagaan ahli dan jaringannya:

a)      Pembangunan Pasaran  (Market Development)

b)      Pembangunan Produk  (Product Development)

c)      Pembangunan Perniagaan  (Business Development)

ii)     Ikatan Seniman Perpaduan Nasional (ISPEN)

Merupakan sebuah pertubuhan yang dibina demi melestarikan perpaduan masyarakat Malaysia melalui seni dan budaya.  ISPEN bermula dengan beberapa ahli dan telah mula aktif membuat persembahan dalam acara-acara rasmi anjuran Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia membawa mesej-mesej yang positif dan progresif.

IMG_0776