info@yamal.com.my 03 5523 0746
PERLOK: Potensi Transformasi Masyarakat
3 August, 2013
0

Bermula dengan satu cetusan idea kayuhan dan jalinan kerjasama antara pihak ACT, penduduk kampung dan Jabatan Perpaduan, Temerloh, Pahang, kini ACT sedang fokus melaksanakan ‘roadmap’ bagi tahun 2013 di Perlok. Model kerjasama ini menekankan aspek perpaduan, kepimpinan dan ekonomi yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah kampung.

Maka, kampung istimewa yang terletak di dalam mukim Ulu Cheka, Jerantut ini dipilih sebagai salah satu daripada model pembangunan desa oleh ACT. Ia bermula pada tahun 2011, sebagai desa angkat dalam program pembangunan cinta desa. Ketika itu ia hanya disertai oleh 26 orang cyclist dan 6 panitia sokongan. Program ini berjaya menemui nilai-nilai budaya dan potensi ekonomi setempat dalam kampung yang berpenduduk seramai 500 orang ini.

KEJAYAAN MENGHASILKAN ROADMAP UNTUK PEMBANGUNAN DESA

Kesungguhan setiap pihak dalam satu kerjasama yang erat dan kukuh telah melahirkan satu ‘roadmap’ yang terarah dan tersusun dalam pembangunan desa Perlok. Menariknya, ‘roadmap’ ini sedaya upaya cuba mengekalkan keaslian kampung tanpa mengubah mahupun merosakkannya. Malahan ia masih mampu berkongsi kelestarian alam semulajadi kampung bersama masyarakat setempat, sejajar dengan pembangunan negara.

Perlok turut mewariskan jejak pahlawan, iaitu bersemadinya seorang tokoh Ulu Cheka, Allahyarham Pawang Nong. Beliau adalah sahabat seperjuangan kepada Mat Kilau dan Tok Bahaman dalam memperjuangkan kemerdekaan negara tidak lama dahulu.

Beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk ditambah nilai sebagai kawasan rekreasi di sini. Kepelbagaian keistimewaan ini menjadikan kawasan Perlok menyimpan nilai aset negara untuk negeri terbesar di Malaysia ini.

DSC06171   DSC06134   DSC_0502

TERHASILNYA SEBUAH R&D MODEL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Kejayaan yang dapat dilihat kini, iaitupada Jun 2013 ialah sebuah model pembangunan dan penyelidikan (R & D) pembangunan luarbandar yang hampir lengkap. Ia dihasilkan bagi kepentingan negara dan masyarakat di sini khasnya. Dua program yang sedang gigih dilaksanakan adalah:
1. Pembangunan program Inap Desa yang kini telah sampai ke siri ke-4 semenjak 2011
2. Termeterainya perjanjian usahasama penternakan ikan talapia di desa ini.

Kini hampir 3 tahun dalam rangka pembangunan yang disusun, melayakkan Perlok dilabel sebagai salah satu contoh tranformasi masyarakat yang selari dengan iltizam negara. Malahan kerjasama ini menunjukkan kesungguhan setiap pihak dalam menjayakan program dalam rangka pembangunan desa. Pastikan jangan ketinggalan dalam mengetahui perkembangan PERLOK menjadi sebuah model warga berminda baru seperti yang dicita-citakan dalam PADU keluaran yang akan datang.

Write your comment here ...

Leave a Reply