info@yamal.com.my 03 5523 0746
Fertigasi Rock Melon, Bintong Perlis: Pengalaman Awal
3 August, 2013
0

Kelulusan dan tawaran bagi mengusahakan tanaman sayuran secara fertigasi dari Pertubuhan Peladang Bintong (PPK Bintong) pada September 2012 ini menjadi gerak langkah pertama bagi impian model pertanian cemerlang oleh TimNas Perlis.

Program pembangunan pertanian fertigasi buah Rock Melon oleh TimNas Perlis adalah pengalaman pertama yang amat bermakna bagi TimNas Perlis, berbekalkan semangat dan usaha gigih mereka.

Tapak yang digunakan bagi tanaman ini adalah tapak bersama MARDI dan pengusaha ikan air tawar lain. Langkah pertama membaikpulih tapak dilakukan sejurus kelulusan diperolehi.

Seterusnya sebanyak 2500 pokok disemai sebagai projek semaian musim pertama pada Disember 2012. Tuaian pertama menghasilkan sebanyak 1 tan buah rock melon gred A, B dan C pada Mac 2013. Ulat Downy, pengorek buah dan pH air tinggi menjadi cabaran dan pengalaman bermakna mereka yang akan ditambahbaik untuk semaian akan datang.

Patah semangat tidak muncul dalam kamus mereka, melainkan berusaha dengan lebih baik dari hasil pengalaman awal tersebut. Semaian kedua dilakukan baru-baru ini (April 2013) dengan jangkaan hasil tuaian dan gred yang lebih baik lagi. Impian model pertanian cemerlang menjadi visi mereka yang ingin dizahirkan pada tahun 2015 kelak.

DSC_1508 (2)   DSC_1933   DSC_1547 (2)

Pengalaman Positif (Kejayaan)

• Hubungan Agensi Kerajaan dan Sahabat Perlis
• Bantuan Teknikal
• Bantuan Kewangan
• Ke Arah Organik
IMPAK
MARDI, PPK & AGROBANK sepakat membantu untuk fasa lanjut.

Write your comment here ...

Leave a Reply