info@yamal.com.my 03 5523 0746
Aktiviti
Program Celik Al-Quran (CAQ)
7 June, 2013
0
PENDAHULUAN

Program Celik Al-Quran ialah satu program pembelajaran Al-Quran yang dihasilkan melalui satu penyelidikan yang mendalam tentang aspek-aspek pembelajaran Bahasa Arab Moden (MSA) yang berasaskan bahasa Al-Quran.

 

MATLAMAT

Memandangkan mempelajari dan memahami Al-Quran itu satu tugas dan tanggungjawab yang wajib digalas oleh setiap insan yang berugama Islam, maka matlamat program CaQ ini ialah untuk mebasmi buta Al-Quran di kalangan umat Islam dan juga penutur bukan Arab.

 

KELEBIHAN PROGRAM CAQ

Ia adalah hasil penyelidikan yang menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran bahasa termasuk kaedah tradisi (grammar translated method), kaedah Fungsi bahasa (Functional), Kaedah Makna (Notional), kaedah audio-lingual, dan kaedah Komunikasi (Communication Language Teaching). Pendekatan Neuro-Linguistic Programme (NLP) akan digunakan sepanjang sesi pengajaran untuk memudahkan system penyampaian.

Penyelidikan ini telah dilakukan bermula tahun 1986-1988 ketika pencetus program ini diterima masuk belajar di Universiti Salford Manchester England. Pada tahun 1993-1997 kajian seterusnya dijalankan di Universiti Exeter, dan Universiti Leeds England. Sekarang kelas-kelas pengajian CaQ dijalankan di merata tempat.

Hingga kini CaQ telah menghasilkan ramai peserta yang telah berjaya memahami Al-Quran walau pun tanpa sebarang asas yang kuat. Falsafah, “setiap orang boleh berjaya memiliki ilmu memahami Al-Quran ini jika ada minat mendalam dan bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya.” Telah digunapakai dan dijadikan pegangan.

Kaedah yang digunakan ini begitu luar biasa dan membolehkan para peserta memiliki ilmu ini dalam jangka masa terpantas. Seterusnya menghapuskan kenyataan yang mengatakan bahasa Arab ini susah. Selain daripada itu, sesiapa yang mengikuti kaedah ini berupaya untuk membantu anak-anak yang belajar bahasa tersebut di sekolah-sekolah

Write your comment here ...

Leave a Reply