info@yamal.com.my 03 5523 0746
Berita
Tadika YBT
9 May, 2013
0

tadika YBT_building

Perkhidmatan Pendidikan Pra-Sekolah (Tadika) bagi kanak-kanak berumur 4 ke 6 tahun. Memperkenalkan pendidikan secara semi formal dan formal.  Pendidikan Pra-Sekolah ini berasaskan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penggabungan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan kepada pelajar.

Objektif utama penubuhan institusi ini adalah untuk bersama-sama melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara (Falsafah Pendidikan Negara)

Untuk mencapai objektif itu, pendekatan yang digunakan iaitu dengan memupuk potensi intelektual dan kreativiti dengan menggabungkan pendekatan moden dan islamik bagi melahirkan generasi pelapis yang dapat memenuhi impian agama, keluarga dan juga Negara.

Write your comment here ...

Leave a Reply