Buletin PADU diterbitkan setiap tiga bulan bagi memaparkan berbagai program/aktiviti yang dianjurkan Yayasan bersama berbagai rakan strategik Yayasan demi kepentingan masyarakat umum. Buletin memakai nama ‘PADU’ sebagai singkatan kepada Perpaduan – Aspirasi – Dasar – Usaha, empat elemen yang perlu direalisasikan dalam memacu pembangunan Negara secara mampan.